Pembubaran Perkongsian

Apa nak buat dengan banyak2 akaun ni?  Senang sajer… kita guna soalan ni sebagai contoh.


1st, buka satu AKAUN REALISASI.  Akaun ni nak guna as tempat kita nak pindahkan semua Akaun yang akan ditutup or catatan bergu dia (PCB).

 2nd tutupkan semua AKAUN ASET (kecuali tunai/bank).  Dt Akaun Realisasi , Kt Setiap akaun aset yang berkenaan.


3rd  rekodkan tunai yang diterima from PENJUALAN ASET: Dt Akaun Tunai/Bank, Kt Akaun Realisasi
“From soalan : (i) Bangunan, perabot dan stok dijual dengan harga RM186 050”

IF aset diambil alih oleh pekongsi, Dt Akaun Modal Pekongsi, Kt Akaun Realisasi

4th rekodkan penerimaan TUNAI DARIPADA PENGHUTANG: Dt Akaun Tunai/Bank, Kt Akaun Realisasi
(abaikan hutang lapuk atau diskaun diberi)
“From soalan : (ii) Semua hutang dapat dikutip kecuali baki akaun seorang penghutang RM700 dihapuskira sebagai hutang lapuk.”

5th rekodkan BELANJA REALISASI: Dt Akaun Realisasi, Kt Tunai/Bank
“From Soalan : (iii) Belanja realisasi RM3 500”

6th rekodkan pembayaran kepada PEMIUTANG: Dt Akaun Pemiutang (dengan amaun yang dibayar), Kt Akaun Tunai/Bank (dengan amaun yang dibayar)
“From soalan : (iv) Semua liabiliti dibayar penuh setelah semua aset direalisasikan dengan sempurna.”
Don’t worry with ayat setelah semua aset direalisasikan dengan sempurna. Nothing much about it.

IF liabiliti diambil oleh pekongsi, Dt Akaun Pemiutang atau Pinjaman, Kt Akaun Modal Pekongsi

7th rekodkan DISKAUN DITERIMA DARIPADA PEMIUTANG: Dt Akaun Pemiutang, Kt Akaun Realisasi (sebagai suatu untung)
“soalan takder mention any diskaun diterima etc”

8th rekodkan LIABILITI TAMBAHAN YANG DIJUMPAI SEMASA REALISASI DAN DIBAYAR: Dt Akaun Realisasi, Kt Akaun Tunai/Bank
“soalan takder mention any etc”

9th Kirakan untung atau rugi realisasi:


IF jumlah Akaun Realisasi sebelah debit > jumlah sebelah kredit = RUGI REALISASI. Dt Akaun Modal Pekongsi; Kt Akaun Realisasi
Rugi bahagi ikut nisbah pembahagian untung rugi. 

IF jumlah Akaun Realisasi sebelah kredit > jumlah sebelah debit = UNTUNG REALISASI.  Dt Akaun Realisasi; Kt Akaun Modal Pekongsi
Untung bahagi ikut nisbah pembahagian untung rugi. 

10th Pembayaran balik modal kepada pekongsi: Dt Akaun Modal Pekongsi, Kt Akaun Tunai/Bank

Kemasukan tunai oleh pekongsi: IF Akaun Modal pekongsi mempunyai baki debit: Dt Akaun Tunai/Bank, Kt Akaun Modal Pekongsi

Jadi jawapan untuk soalan ni actually nak yang last two Akauns tu jer i.e. Akaun Realisasi & Akaun Modal.  Akaun Bank & Akaun2 yang lain tu, boleh la scribble jer as a guide to answer the question.



Cerita Panjang, Kita Cuba Pendekkan

Fuhh panjang cerita nyer kan? Taklah.. as a student, you JANGAN memorise the steps … You must practice to do the questions.  Bayangkan lah macam sebuah cerita.

Firstly, kedai dah nak tutup… barang2 dalam kedai semua kena jual or…pekongsi kena bawak balik rumah... Tutup Asets (except Akaun Bank/Tunai coz ni akaun ni nak pakai for kerja2 pembubaran yang lain).  Banyak2 barang dalam opis or kedai tu, boleh jer kita jualkan so dapat duit skit.  Akaun Aset dah tutup tadi kan, so pakai Akaun Bank/Tunai and Akaun Realisasi.  Kalau pekongsi nak bawak balik barang2 tu (tanak jual), pakai Akaun Modal & Akaun Realisasi lah pulak. 

Datanglah pulak penghutang nak bayar balik dekat kita (Akaun Penghutang dah tutup tadi kan, so pakai Akaun Bank/Tunai and Akaun Realisasi).  Sometimes Penghutang tak bayar balik, so kira hutang lapuk which kita ignore saja.  Diskaun Diberi pun ignore saja, tak guna nak kira rugi2 ni bila business dah nak tutup…

Lepas tu, dalam proses Pembubaran ni, adalah kita belanja skit (bayar lawyer ker, bayar tukang angkat barang bila nak tutup opis ker, semua ni kira jer as Belanja Realisasi)…ni rekod dekat Akaun Bank/Tunai & Akaun Realisasi…   

Walaupun dah tutup kedai, kita masih berhutang.. kena lah bayar ye, lepas dah tolak semua belanja, duit lebih bayar lah dekat pemiutang (tak kira lah bayar habis ke bayar sikit ker).  So, kita rekod dalam Akaun Bank/Tunai & Akaun Realisasi…   Kalau pekongsi nak bayar hutang ni, kita guna Akaun Modal & Akaun Pemiutang lah instead (ingat.. Akaun Pemiutang masih tak tutup lagi!).

Kalaulah masa nak bayar pemiutang tu, dia bagi kita diskaun, kira untunglah kita ek, coz kita bayar skit jer hutang kita.  So kurangkan amount pemiutang dengan Dt. Akaun Pemiutang and Kt. Akaun Realisasi ($$ Diskaun tu).  Kenapa Diskaun Diterima ni amik kira pulak tapi Diskaun Diberi tak amik kira?  Diskaun Diterima tu mengurangkan duit kita nak bayar kepada Pemiutang. Jadi dalam proses Pembubaran, ni kira sebagai untung realisasi.  Diskaun Diberi (kita bagi diskaun dekat Penghutang) bukan nyer untung tapi kita tambah rugi.  Tak payah kira!

Dah sudah semua… kiralah Untung ke Rugi ke Realisasi (rugi ni kena ambik kira pasal kita nak kena charge dekat Pekongsi)…

Bila dah kira... kalau ada duit lebih dalam bank, bayar balik dekat pekongsi mengikut nisbah or perjanjian asal.  Kalau takde lebih, Bank Akaun ada Overdraf lagi, kenalah Pekongsi tambah duit sendiri… bayar balik OD tu… Sian nyer…